Puasa, Rukhsah dan dalilnya
Berpuasa dibulan Ramadhan adalah salah satu daripada rukun Islam. Ibadah ini tidak boleh ditinggalkan oleh setiap muslim yang telah baligh dan sihat akalnya.
Allah berfirman tentang puasa di bulan Ramadhan dalam surah Al-Baqarah ayat 183-184:
“ Hai orang-orang yang beriman diwajibkan kepadamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan kepada orang-orang sebelum kamu semoga kamu bertaqwa. Beberapa hari tertentu sesapa diantara kamu sakit atau musafir (lalu tidak berpuasa) hendaklah digantikan pada hari-hari lainnya; dan bagi orang tidak mampu melalukannya, maka gantinya ialah dengan membayar fidayah (iaitu memberi makan seorang miskin bagi setiap hari); dan sesapa dengan senang hati berbuat baik, hal itu adalah baik bagi dirinya; dan kamu berpuasa, hal itu lebih baik dari kamu jika kamu mengetahui.”
Betapa besarnya rahmat dan kasihsayang Allah kepada hambaNya, kewajipan berpuasa di bulan Ramadhan itu dilonggarkan (Rukhsah) pula kepada beberapa golongan tertentu iaitu:
- Orang yang uzur sharie
- Orang musafir
- Orang yang tidak sanggup atau tidak berupaya berpuasa
Golongan 3, iaitu orang yang tidak sanggup atau tidak berupaya melakukan ibadah puasa, hendaklah membayar denda (fidayah), iaitu memberi makan satu hari seorang kepada fakir miskin. Ibu hamil dan menyusu anak termasuk didalam golongan ketiga ini berdasarkan Tafsir Ibnu Katsir ayat 1:379 berbunyi;
“…dan termasuk dalam pengertian ini (tidak sanggup puasa) ialah wanita hamil dan menyusu kerana mereka khuatir atas keselamatan diri mereka dan anaknya.”
Menurut Mazhab Imam Shafie, wanita hamil dan menyusukan bayi yang bimbang sekiranya dengan meneruskan puasa itu akan memudaratkan bayi atau dirinya sendiri, maka ia wajib berbuka dan kemudian mereka hendaklah mengqada' puasanya kelak.
Bagi wanita hamil yang tidak berupaya berpuasa atau bimbang akan memudaratkan kesihatan dirinya dan bayinya, dia boleh tidak berpuasa, maka dia wajib membayar fidyah, iaitu memberi makan seorng fakir miskin untuk sehari tidak berpuasa dengan secupak beras. Fidyah ini boleh dibayar ketika itu atau pada hari lain ketika dia mampu.
Jika dia tidak berpuasa sebulan penuh maka fidyahnya sebulan penuh. Boleh dibayar dalam bentuk makanan dan boleh juga dibayar dengan wang sebanyak harga makanan sehari. Bila yang bersangkutan mengeluarkan belanja makanan sehari RM 10.00 maka fidyah yang harus dibayar juga sebanyak itu malah mengikut sunnah, ia perlu dibayar lebih.
Rasional kepada Wanita Hamil
Jika semasa berpuasa terdapat sebarang tanda atau gejala hipoglisemia/kekurangan gula dalam darah seperti pening, loya, gementar dan pitam atau pengsan, anda hendaklah berbuka demi keselamatan bayi dan anda. Ini kerana ketika kandungan berusia enam hingga sembilan bulan, janin mula menghasilkan insulin untuk mengubah glukos ke bentuk glikogen dan lemak yang menyumbang kepada berat badannya. Ketika berpuasa, ibu mengalami keadaan hipoglisemia selama beberapa jam terakhir berpuasa. Keadaan ini juga menyebabkan bayi tersebut mengalami keadaan yang sama dan akan menggunakan semula bekalan yang telah disimpan.
Seelok-eloknya, jika ibu ingin berpuasa, masa yang paling sesuai adalah semasa kandungan berusia empat hingga enam bulan. Ibu-ibu dinasihatkan agar sentiasa mendapat pengawasan daripada doktor.
Bagi kehamilan yang telah disahkan bermasalah dan diawasi oleh doktor, sebaiknya tidak berpuasa. Ini kerana bagi memastikan sama ada seseorang ibu hamil itu boleh berpuasa atau tidak sangat bergantung kepada keadaan nutrien ibu, sekali gus memenuhi gizi/zat makanan janinnya. Dalam kata lain, soal nutrien harus mendapat perhatian yang serius di kalangan ibu-ibu hamil.
Rasional kepada Ibu Menyusu
Bagi ibu yang menyusu, puasa sebenarnya tidak menjejaskan penyusuan kecuali jika berlakunya dehidrasi. Ini kerana konsep utama breastfeeding ini adalah demand and supply. Lagi banyakdemand, lagi banyak supply yg dihasilkan. Badan kita memahami demand untuk menyusu ini bila bayi kerap menyusu (8-12 kali sehari semalam). Inilah satu-satunya cara secara fisiologi (fitrah fungsi badan) yang paling penting untuk memastikan penghasilan susu yang berterusan. Malah terdapat teori yang mengatakan bahawa dengan berpuasa, air susu akan menjadi lebih banyak/tidak berkurang kerana kurangnya kita kehilangan air badan melalui kencing, jadi air dalam badan akan dibekalkan kepada kilang susu. Lazimnya, kerisauan ibu yang takut letih & kekeringan susu menyebabkan mereka kurang menyusukan bayi mereka semasa puasa. Kurangnya rangsangan kepada payudara membawa kepada kurangnya susu.
Jadi sebenarnya, seorang ibu menyusu tetap boleh menyusukan seperti biasa, selagi dia tidak mengalami dehidrasi. Kerana itu, amatlah disarankan ibu menyusu dan mengandung agar mengambil air yang cukup pada sebelah malam (dan waktu sahur) untuk memastikan keperluan cecair badan dipenuhi, dan menggantikan air yang sudah hilang semasa berpuasa.
Amat penting untuk menjaga dan mengawal dehidrasi daripada berlaku. Tanda-tanda berlakunya dehidrasi yang teruk:-
- Berasa hendak pitam terutama selepas mengepam dan menyusukan bayi.
- Berasa sakit kepala dan seperti hendak demam.
- Air kencing menjadi pekat dan berbau kuat.
- Terasa loya dan ingin muntah.
- Rasa menggigil.
- Berasa lemah dan sakit otot.
- Mudah marah dan emosi yang tidak stabil.
Jika ini berlaku, anda harus berbuka segera!
Tips bagi Ibu Hamil dan Ibu Menyusu yang Ingin berpuasa
Amatlah penting untuk kita mengambil makanan/minuman yang mengandungi jumlah cecair yang banyak bagi mengelakkan dehidrasi. Bagi ibu menyusu dan mengandung, sekurang-kurangnya 3 liter air sehari diperlukan bagi menjaga keseimbangan bendalir badan. Alternatif pilihan yang ada di bulan puasa adalah minuman isotonik seperti Performance Drink Shaklee yang rendah gula yang rendah berbanding minuman isotonik di pasaran, tidak berkarbonat, halal, semulajadi dan selamat untuk anda dan bayi/janin.
Selain itu, terdapat beberapa petua dan tips berguna yang boleh anda amalkan seperti:
- Sewaktu hendak makan, gumpalkan nasi sebanyak tiga ketul. Baca surah surah Al-Ikhlas sekali dan makan nasi segumpal. Kemudian baca lagi dan makan seterusnya hingga tiga kali.
- Selepas habis gumpalan ketiga boleh makan seperti biasa. Selepas sahur boleh makan buah kurma 7 biji. Sebelum makan, bacakan selawat satu kali berserta sebiji kurma (diulangi dengan 7 kali dengan bersamaan 7 biji kurma).
- Pastikan selepas berbuka hingga bersahur, minum air kosong masak dengan banyak. Letak botol air disebelah katil untuk memudahkan kita minum bila terjaga.
Untuk mengelakkan berlakunya hidrasi melampau ketika berpuasa.
- Pastikan minum air kosong sebanyak mungkin selepas berbuka puasa. Elakkan daripada minuman berais dan manis.
- Elakkan daripada ambik makanan berempah kerana kandungan garam yang tinggi. Ini kerana kandungan garam yang tinggi dalam badan akan menarik air dalam sel-sel badan kita. Manakala makanan yang berlemak yang diambil semasa bersahur akan menyebabkan rasa lapar melampau pada siang harinya. Amalkan kurma sebagai penutup sahur kita untuk mengelakkan pedih perut.
- Sebaiknya kurangkan aktiviti yang melibatkan outdoor.
Sebaiknya pengambilan supplement dimasukkan bagi menampung kekurangan nutrisi dalam pengambilan makanan yang mana bermanfaat kepada ibu dan anak.
SAHUR
- Makan makanan berkhasiat
- Makan buah kurma
- Minum air secukupnya
- Ambil ESP + Mealshakes + Performance Drink, Bcompleks 1biji dan Alfalfa 2 biji.
Ketika berbuka Puasa
- Makan makanan seimbang
- Minum air rebusan lobak putih ataupun apa-apa minuman yang boleh menambahkan susu. Pastikan jangan ambik ais yeaaa…
- Ambil vitalea 1 biji dan 2 biji Alfalfa
Sebelum tidur
- Ambil ESP + Mealshakes + Performance Drink
- Amalkan surah Hujurat (untuk banyakkan susu) dan surah Al- Waqiah ( untuk tambah rezeki)
Antara petua dan tips lain bagi ibu menyusu di bulan puasa:
- Banyakkan memakan kurma dan makanan penambah susu seperti sayuran hijau, oat, dan sebagainya.
- Jangan skip sahur (lagipun sahur tu sunat).
- Banyakkan sesi penyusuan dan mengepam, terutama di waktu malam dan waktu sahur.
- Banyakkan bertenang, ingat tujuan nak beribadah dengan sebaiknya.
- Mengambil supplement seperti vitamin B complex.
- Cuba makan dan minum sedikit-sedikit dan kerap pada waktu malam (takut bloated pula bila sekaligus).
- Bawa sebotol air semasa jemaah terawikh dan minum sedikit antara rakaat2.
- Banyakkan berdoa dan berfikiran positif.
Semoga ia bermanfaat dalam membantu anda kekal sihat, aktif dan efektif dalam beribadah di bulan puasa ini.
Namun harus diingat, seorang ibu yang menyusu atau mengandung mesti sedar akan keistimewaan yang diberikan oleh Allah Yang Maha Esa dalam menjalani ibadah puasa, yakni rukhsah atau keringanan sekiranya menghadapi kesulitan. Jangan terlalu taksub meneruskan puasa hingga menjejaskan kesihatan terutama anak yang disusui dan dikandung, kerana ‘hadiah’ dari-Nya sudah disediakan, dan anak itu lebih diutamakan haknya.
kredit to:
http://amalanibuhamil.blogspot.com/
http://www.mysuperkids.net/
http://fiqhmedic.wordpress.com/
Mama Qaireen Shoppe.
No comments:
Post a Comment