Dolu-dolu kita biasa dengar bila dh meningkat usia,
macam2 penyakit datang menyinggah. Seolah-olah, kita set dalam diri kita, asal
tua jer mesti sakit,,asal sakit jer mesti tua.. Tapi, apekehenyer pulok bagi
yang muda belia remaja pon tetiba kena kencing manis, gout dan sakit jantung?
(Nape, x caya? Aiseh, x baca paper la ni) Biasanya org kita hanya akan alert
bila dah terkena atas batang hidung sendiri, kan… (tapi waktu tu mintak
maaplah, nasi dah jadi bubur daa...)
Hmm.. Tapi kenapa yerrkk?
Kajian sains (jd saintis jap erk) membuktikan
bahawa pelbagai jenis penyakit di zaman moden ini adalah berpunca daripada
tabiat pemakanan yang tidak seimbang dan gaya hidup yang kurang sihat. Ini
sekaligus mengesahkan ketepatan sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:
“Perut
itu rumah penyakit. Diet (pemakanan) itu ubat utama”.
(Riwayat
Sahih Bukhari & Muslim)
Jadi sebenarnya, kualiti kesihatan yang baik bermula
daripada kualiti pemakanan yang baik. Kenapa? Haa… sebab badan kita ni terdiri
daripada berjuta-juta sel yang memerlukan vitamin, mineral dan zat galian yang
mencukupi bagi menjamin tahap kesihatan yang optima.
Manusia memerlukan sekurang-kurangnya 40 jenis zat
untuk mengekalkan kesihatan yang sepatutnya didapati melalui makanan harian
kita (Wah, banyakkan?!!) Tapi dgn gaya hidup yang cukup mencabar di alaf ini,
susah untuk kita betul2 dapat kesemua nutrien tu secara sihat dan selamat,
kerana beberapa sebab seperti yang berikut:
1.
Pencemaran alam sekitar, radikal bebas dan bahan-bahan penyebab kanser.
Okeh, soalan cepu emas, saper kat sini air mentah
kat rumah dia memang jernih gila n dia sanggup minum direct terus dari paip?
(xyah angkat tgn, cheq x nmpk pun, jwb dlm hati jer okeh!) Rasanyer memang xder
sorang pon berani minum direct dari paip air mentah kan…(kcuali orang tu dari
planet lain! Atau umah dia nun kt pergunungan Alps sana) Naper? sebab kita tau
air di planet bumi Malaysia skarang dah byk tercemar! And kalo kita peratikan
sejenak, most of us skrg dah pasang filter kt rumah kan.. (xkisah la jenis per
pun, yg penting filter air). Kalo yg blom pasang tu, ish..ish..tolonglah citer
kt diorg, kesian…diorg xtau tu air kita tercemar (x main2 ni, cheq mmg warga
prihatin k!) Pencemaran air ni menyebabkan kita x dapat menikmati sumber air
yang benar-benar bersih padahal kita tahu air amat penting dalam kehidupan.
Badan manusia sahaja terdiri daripada 70% air. So camne nk badan kita sihat if
air yang kita minum setiap hari tercemar dengan bahan-bahan pencemaran?.Tu kira
ok lg, yg malas nak minum atau kedekut nak minum air lagi dahsyat…dah catu air
la pulak citernyer!
Selain air, udara kita juga terdedah kepada pencemaran.
Asap kenderaan, asap rokok, asap kilang dan perindustrian, asap pembakaran
terbuka, semua tu penyumbang kepada pencemaran udara. Lom lg cerita bab radikal bebas...penyakit berjangkit melalui udara (airborne disease cam SARS, H1N1, TB, dan
segala mak nenek tuh). Silap2 haribulan satu hari nnti udara bersih pon kita
kena bayar! Naper? Yer la, nak beli filter bagai… filter/mask chemical lain,
filter/mask kuman lain plak.. Apa jadi kalo korang bernafas guna udara yang
tercemar? haa.. (tu korg jawab sendirik!) klu antibody x kuat, mmg mudahla
korang terjejas (jgn korang yg jd penyebar kpd org lain sudah!)
So pendek citer, pengambilan suplemen seperti
Vitamin A, Vitamin C dan Vitamin E amat penting untuk melindungi tubuh
kita daripada radikal bebas dan bahan-bahan penyebab kanser yg ada
dipersekitaran.
2.
Badan kita memerlukan sesetengah nutrien dengan dos yang lebih.
Bila badan kita sakit, kita
memerlukan lebih nutrient yang boleh membekalkan antioksidan dan meningkatkan
sistem imun seperti Vitamin A, C dan E. Bila kita cedera pula, pengambilan
nutrien yang mengandungi protein dan zat besi amat penting bagi membantu proses
baik pulih sel yang rosak dan proses penghasilan sel-sel baru.
Untuk ibu-ibu hamil dan menyusukan
anak pula, mereka sangat memerlukan jumlah nutrien penting yang lebih tinggi
dosnya seperti kalsium, asid folik, b complex, vit C dsb untuk menampung
keperluan tumbesaran otak dan fizikal bayi dalam kandungan, selain untuk
kesihatan ibu sendiri semasa hamil dan selepas melahirkan agar susu yang
berkualiti dpt dibekalkan scukupnya untuk bayi mereka. Susu ibu adalah susu
terbaik di dunia dan x boleh dtandingi oleh mana2 susu formula waima teknologi yang
digunakan paling canggih or harga yg paling mahal kebabom sekalipun!
Nak tau pasal vitamin essential yang
penting untuk kesihatan tubuh yang optimum, klik sini.
3.
Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin tercemar atau terjejas kualitinya.
Selain air dan udara, sumber nutrisi kita, iaitu
makanan mentah seperti sayuran dan buah juga terdedah dgn pelbagai bahan kimia
berbahaya seperti pengawet untuk tahan lama dan racun serangga yg boleh
menyebabkan kanser. Time bila sayur semua pilih yg xder cacat cela, betul x? tp
yg nmpk flawless tu la sayur yg plg byk pengawet dan racun serangga, tau x… tu
blom citer bab baja kimia dia… Cari yang organic? Tak semua kedai jual sayur
dan buah organic, dan tak semua antara kita pula yg mampu beli kerana harganya
yang berkali ganda mahal dari sayur biasa. Tanam sendiri? Yang dok umah tinggi
botingkek2 tu, ader ker tanah? Ader rajin? (Jawab sndiri!)
4.
Amalan gaya hidup yang kurang sihat.
Gaya hidup yang kurang sihat seperti merokok,
kurang bersenam, makan lewat malam, makan main taram, dan sebagainya mengundang
pelbagai masalah kesihatan. Especially u olls eksekutif yg hyperbusy nk kejar
dateline or MLM (Marketing Lewat Malam…hehe) Makan tak menentu, balik kerja
lewat malam, kurang rehat, kurang tido, pastu esoknya letih lesu dan x bermaya.
Pastu tertekan kat ofis, kt umah lagi.. X ker stress hidup cnggitu? N bila u
olls stress, bukan org jer lari, tp sebenarnya secara x langsung nutrien
penting iaitu Vitamin C dan Vitamin B pun lari! (termusnah tau! Sebab tu kalu perati
tgk btol2, depa2 yg hyperbusy ni bawah mata mesti lebam, kulit kering, kerap
selsema/demam, banyak jerawat, jiwa x tenang, otak x berapa center, kuat
meroyan.. haa…nak jadi cenggitu? Tak cukup vitamin la tu..! (dan x cukup amal
kerohanian..nauzubillah kerja bagai nak rak, prepare x utk akhirat?)
So depa2 yang hyperbusy or stress ni, ambillah
suplemen Vitamin C dan Vitamin B.. sebab kedua-dua vitamin ini berupaya
mengawal stress yang dialami oleh seseorang. Yang kaki makan dan hantu
makan lewat malam, renti-rentikanlah tabiat buruk tu, sbb korang sedang
menternak lemak yang berlebihan dan mengalu-alukan peningkatan kolesterol. Bila
kolesterol dah meningkat, datanglah penyakit-penyakit seperti tekanan darah
tinggi, strok dan serangan jantung. Eh, kolesterol ni seawal usia remaja pon
dah developed tau.. kalau x jaga.. huuu.. tup2 tgh bersenam pon boleh kena
heart attack…tu la, x baca paper lagi korang nih!
Tapi sekarang, untungnya dah ader vitamin kebabom best
yang boleh blok terus kolesterol jahat yang tak diperlukan tu, iaitu super
duper Phytocol –ST! nak tahu pasal produk ini dan bagaimana ia berkesan, klik
sini.
5. Amalan pemakanan yang tidak seimbang dan memudaratkan (makan mengikut selera rasa)
Orang Malaysia, tabiat makan..huuuu memang
mengejutkan. Kat negara lain ader yang mati sbb x cukup makan, tapi kat
Malaysia, org kita mati sebab terlebih makan! Tengok nasi lemak jer dah la, pagi ada, petang
ada, malam pon ader! Belom lg roti canai, nasi beriani, nasi hujan panas aku basah... Tak citer fast food lagi..yg jadi kegemaran deme2 yg hyperbusy tu... Tak sempat walk in, order online jer… 30 minit smpi! Sgala mak
nenek yang berlemak, manis dan fastfood ni boleh merosakkan sistem tubuh secara
senyap! Tup tup tetiba jer dapat kencing manis, darah tinggi dan buah
pinggang..naya jer.. Budak2 tak sekolah lg pon dh kena kencing manis.. yer la,
anak fast food sbb mak ayah hyperbusy x sempat nk masak..kesian kan…
If x mampu nk control tabiat/nafsu makan tu sendiri, dptkan supplement
yg dpt membantu mengawal tabiat buruk tersebut secara semulajadi dan selamat.
Contohnya dlm Shaklee ada ESP dan Performance. Dah banyak yg dpt manfaat, bukan
sekadar membekalkan rasa kenyang dan tenaga berpanjangan, multivitamin dan
nutrient yg terkandung di dalamnya juga dpt memperbaiki sel2 tubuh. Jd x heran
kalo ramai yg amik ESP ni utk persiapan bulan ramadhan nanti.
6. Gangguan penyerapan nutrisi daripada
makanan.
Suka makan makanan atau minuman
berkafein? Tahukah anda kafein boleh menghalang penyerapan sesetengah nutrisi
ke dalam tubuh?. Contohnya Vitamin D, magnesium dan kalsium tidak akan dapat
diserap dengan baik sekiranya di ambil bersama minuman berkafein seperti kopi
dan teh. Oleh itu sekiranya anda ingin mengambil suplemen, pastikan anda bukan
dari golongan penggemar kopi dan teh.
7.
Kehilangan nutrien dalam makanan.
Ramai anatara kita yg sibuk lebih suka memilih yang segera.. baik dari makanan segera di restoran segera, kedai mamak, warung-warung dan yang rajin ckit pon masak la jugak tapi still guna bahan-bahan segera seperti makanan dalam tin, makanan sejuk beku, mee segera, rempah segera, dan macam2 lg makan segera, even sambal belacan pon dah ader yang segera!
Bagi yg rajin masak or mmg surirumah, memang best giler bila dapat masak dan hidangkan makanan untuk keluarga kita. Tetapi klu x kena gaya pengendalian, silap2 nutrisi yang ada dalam makanan
tersebut boleh susut atau hilang sama sekali kecuali hampas sahaja (bahasa kasar lagi.. yg lembut ckit, fiber)
Kenapa...?
Bahan-bahan makanan dari ladang akan kehilangan nutrisi melalui
proses pengasingan, pembungkusan dan penghantaran. Penyimpanan makanan di dalam
peti sejuk pula mengakibatkan makanan kehilangan nutrisi lagi akibat suhu yang
terlalu sejuk. Kemudian, cara memasak yang terlalu lama dan menggoreng
menggunakan minyak berlebihan menyebabkan makanan hilang nutrisi lagi. Jadi apa
nutrien yang kita boleh dapati daripada makanan tersebut? Tiada nutrisi pun
yang tinggal. Semua nutrisi hilang begitu sahaja semasa proses penyediaan. Oleh
itu, untuk mengekalkan nutrisi dalam makanan, janganlah dimasak terlalu lama.
Cara memasak juga hendaklah di rebus atau di panggang sahaja.
Inilah 7 faktor mengapa kita perlu ambil supplemen dalam diet
pemakanan kita. Suplemen yang diambil pula haruslah suplemen semulajadi, halal dan
bebas bahan kimia. Bagaimana ingin mendapatkan suplemen semulajadi?. SHAKLEE
adalah jawapannya. Shaklee merupakan jenama suplemen semulajadi yang telama lama kukuh dipasaran, berkesan, bebas
bahan kimia dan selamat digunakan untuk sesiapa jua yang mementingkan kesihatan.
Sedar tak, tubuh badan kita sebenarnya adalah
amanah dari Allah yang perlu kita jaga selaras dengan tanggungjawab kita
sebagai khalifah untuk berjuang ke jalannya? Apabila ia menjadi suatu amanah,
kita perlu bertanggungjawab untuk menjaga kesihatan diri dan wajib peka dengan
apa yang kita makan agar yang masuk itu adalah bermanfaat dan tidak
memudaratkan. Jadi, jom jaga jaga diri, hiasi peribadi1
Cantik dan sihat sepanjang hayat...:)
jom like fan page sis, Vitamin Halal_Sihat dan Cantik
nak tanyer pape, contact jer
019-2100601. (sms/whatsapp/call)
Shima.
Independant Shaklee Distributor.
SID 1133326.