Thursday, 11 December 2014

DISCLAIMER

Penulis bukan doktor atau pengamal perubatan. Maklumat yang terkandung dalam blog ini adalah tulisan bersifat peribadi bagi membantu meningkatkan kesedaran dan mempromosikan tahap kesihatan yang lebih baik melalui amalan gaya hidup sihat serta kaedah pencegahan penyakit dan alternatif rawatan.  Produk yang disebut dalam blog ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Jika pembaca tahu/percaya mereka mempunyai sebarang penyakit, sila berjumpa dengan doktor untuk rawatan sewajarnya. Maklumat dalam blog ini tidak boleh digunakan sebagai pengganti kepada rawatan perubatan atau konsultansi doktor. Saranan penggunaan vitamin dan mineral di dalam blog ini adalah bagi menjauhi sebarang ketidak-cukupkan vitamin dan mineral dalam badan.

Wednesday, 1 October 2014

Tempahan, Bayaran dan Penghantaran

1)SMS / Whatsapp : 019-2100601

Atau

2) Email kepada doublehlegacy@gmail.com

3) Anda akan menerima balasan SMS/Whatsapp/emel dari pihak kami beserta nombor akaun.

4) Pesanan anda akan kami hantar selepas mendapat bukti pembayaran. Pesanan anda akan dihantar menggunakan PosLaju atau GDex & mengambil masa 1-3 hari bekerja.

*COD di kawasan tertentu dilakukan di atas permintaan.

Friday, 27 June 2014

SELOKA PANTUN BERPUASA RAMADHAN 2014

Ahlan Wa Sahlan Ramadhan Kareem..
Kedatangannya dinanti, kepulangannya ditangisi!

Setiap tahun sis pasti akan berperang ngan pakcik google, nak cari seloka pantun dua kerat or 4kerat paling best and paling latest untuk di share ngan frenz..

But guess what this year, all of sudden tetiba dtg pulak la bakat terpendam...hambik ko tahun ni berjaya haku karang seloka 8x4, 32 kerat lagi tuhhh.. hahaha pecah rekod diri sndiri yer!



Jom optimumkan tenaga anda sepanjang beribadah dibulan puasa ini dengan set Mighty 3 Gem, kekal hidrat, kekal hebat, kekal sihat!
Kurang haus, kurang lapar, tingkatkan tumpuan, mantapkan ibadah sepanjang Ramadhan!

sesapa nak share seloka pantun 4 kerat ni, sis xder masalah.. silakan..

just tolong add/like and share ni sama yer...

fb: Ummu Hananis Ammar
fanpages: Kedai Branded Bag Online
fanpages: Telekung Lycra Korea
fanpages: Femmes Exclusive 
fanpages: Vitamin Halal_Sihat dan Cantik
Blog: hadiahuntuklelakidanwanita

Shima [ shaklee id1133326]
whatsapp 0192100601.

Tips Berpuasa Bagi Wanita Hamil dan Puasa Bagi Ibu Yang Menyusu

Puasa, Rukhsah dan dalilnya


Berpuasa dibulan Ramadhan adalah salah satu daripada rukun Islam.  Ibadah ini tidak boleh ditinggalkan oleh setiap muslim yang telah baligh dan sihat akalnya. 

Allah berfirman tentang puasa di bulan Ramadhan dalam surah Al-Baqarah ayat 183-184:

“ Hai orang-orang yang beriman diwajibkan kepadamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan kepada orang-orang sebelum kamu semoga kamu bertaqwa.  Beberapa hari tertentu sesapa diantara kamu sakit atau musafir (lalu tidak berpuasa) hendaklah digantikan pada hari-hari lainnya; dan bagi orang tidak mampu melalukannya, maka gantinya ialah dengan membayar fidayah (iaitu memberi makan seorang miskin bagi setiap hari); dan sesapa dengan senang hati berbuat baik, hal itu adalah baik bagi dirinya; dan kamu berpuasa, hal itu lebih baik dari kamu jika kamu mengetahui.”

Betapa besarnya rahmat dan kasihsayang Allah kepada hambaNya, kewajipan berpuasa di bulan Ramadhan itu dilonggarkan (Rukhsah) pula kepada beberapa golongan tertentu iaitu:

  1. Orang yang uzur sharie
  2. Orang musafir
  3. Orang yang tidak sanggup atau tidak berupaya berpuasa

Golongan 3, iaitu orang yang tidak sanggup atau tidak berupaya melakukan ibadah puasa, hendaklah membayar denda (fidayah), iaitu memberi makan satu hari seorang kepada fakir miskin.  Ibu hamil dan menyusu anak termasuk didalam golongan ketiga ini berdasarkan Tafsir Ibnu Katsir ayat 1:379 berbunyi;

“…dan termasuk dalam pengertian ini (tidak sanggup puasa) ialah wanita hamil dan menyusu kerana mereka khuatir atas keselamatan diri mereka dan anaknya.” 

Menurut Mazhab Imam Shafie, wanita hamil dan menyusukan bayi yang bimbang sekiranya dengan meneruskan puasa itu akan memudaratkan bayi atau dirinya sendiri, maka ia wajib berbuka dan kemudian mereka hendaklah mengqada' puasanya kelak. 

Bagi wanita hamil yang tidak berupaya berpuasa atau bimbang akan memudaratkan kesihatan dirinya dan bayinya, dia boleh tidak berpuasa, maka dia wajib membayar fidyah, iaitu memberi makan seorng fakir miskin untuk sehari tidak berpuasa dengan secupak beras.  Fidyah ini boleh dibayar ketika itu atau pada hari lain ketika dia mampu.

Jika dia tidak berpuasa sebulan penuh maka fidyahnya sebulan penuh.  Boleh dibayar dalam bentuk makanan dan boleh juga dibayar dengan wang sebanyak harga makanan sehari.  Bila yang bersangkutan mengeluarkan belanja makanan sehari RM 10.00 maka fidyah yang harus dibayar juga sebanyak itu malah mengikut sunnah, ia perlu dibayar lebih.

Rasional kepada Wanita Hamil


Jika semasa berpuasa terdapat sebarang tanda atau gejala hipoglisemia/kekurangan gula dalam darah seperti pening, loya, gementar dan pitam atau pengsan, anda hendaklah berbuka demi keselamatan bayi dan anda. Ini kerana ketika kandungan berusia enam hingga sembilan bulan, janin mula menghasilkan insulin untuk mengubah glukos ke bentuk glikogen dan lemak yang menyumbang kepada berat badannya. Ketika berpuasa, ibu mengalami keadaan hipoglisemia selama beberapa jam terakhir berpuasa. Keadaan ini juga menyebabkan bayi tersebut mengalami keadaan yang sama dan akan menggunakan semula bekalan yang telah disimpan.

Seelok-eloknya, jika ibu ingin berpuasa, masa yang paling sesuai adalah semasa kandungan berusia empat hingga enam bulan. Ibu-ibu dinasihatkan agar sentiasa mendapat pengawasan daripada doktor.

Bagi kehamilan yang telah disahkan bermasalah dan diawasi oleh doktor, sebaiknya tidak berpuasa. Ini kerana bagi memastikan sama ada seseorang ibu hamil itu boleh berpuasa atau tidak sangat bergantung kepada keadaan nutrien ibu, sekali gus memenuhi gizi/zat makanan janinnya. Dalam kata lain, soal nutrien harus mendapat perhatian yang serius di kalangan ibu-ibu hamil. 

Rasional kepada Ibu Menyusu



Bagi ibu yang menyusu, puasa sebenarnya tidak menjejaskan penyusuan kecuali jika berlakunya dehidrasi. Ini kerana konsep utama breastfeeding ini adalah demand and supply. Lagi banyakdemand, lagi banyak supply yg dihasilkan. Badan kita memahami demand untuk menyusu ini bila bayi kerap menyusu (8-12 kali sehari semalam). Inilah satu-satunya cara secara fisiologi (fitrah fungsi badan) yang paling penting untuk memastikan penghasilan susu yang berterusan. Malah terdapat teori  yang mengatakan bahawa dengan berpuasa, air susu akan menjadi lebih banyak/tidak berkurang kerana kurangnya kita kehilangan air badan melalui kencing, jadi air dalam badan akan dibekalkan kepada kilang susu. Lazimnya, kerisauan ibu yang takut letih & kekeringan susu menyebabkan mereka kurang menyusukan bayi mereka semasa puasa. Kurangnya rangsangan kepada payudara membawa kepada kurangnya susu.
Jadi sebenarnya, seorang ibu menyusu tetap boleh menyusukan seperti biasa, selagi dia tidak mengalami dehidrasi. Kerana itu, amatlah disarankan ibu menyusu dan mengandung agar mengambil air yang cukup pada sebelah malam (dan waktu sahur) untuk memastikan keperluan cecair badan dipenuhi, dan menggantikan air yang sudah hilang semasa berpuasa.
Amat penting untuk menjaga dan mengawal dehidrasi daripada berlaku. Tanda-tanda berlakunya dehidrasi yang teruk:-
  • Berasa hendak pitam terutama selepas mengepam dan menyusukan bayi.
  • Berasa sakit kepala dan seperti hendak demam.
  • Air kencing menjadi pekat dan berbau kuat.
  • Terasa loya dan ingin muntah.
  • Rasa menggigil.
  • Berasa lemah dan sakit otot.
  • Mudah marah dan emosi yang tidak stabil.
Jika ini berlaku, anda harus berbuka segera!

Tips bagi Ibu Hamil dan Ibu Menyusu yang Ingin berpuasa


Amatlah penting untuk kita mengambil makanan/minuman yang mengandungi jumlah cecair yang banyak bagi mengelakkan dehidrasi. Bagi ibu menyusu dan mengandung, sekurang-kurangnya 3 liter air sehari diperlukan bagi menjaga keseimbangan bendalir badan. Alternatif pilihan yang ada di bulan puasa adalah minuman isotonik seperti Performance Drink Shaklee  yang rendah gula yang rendah berbanding minuman isotonik di pasaran, tidak berkarbonat, halal, semulajadi dan selamat untuk anda dan bayi/janin.
Selain itu, terdapat beberapa petua dan tips berguna yang  boleh anda amalkan seperti:
  1. Sewaktu hendak makan, gumpalkan nasi sebanyak tiga ketul. Baca surah surah Al-Ikhlas sekali dan makan nasi segumpal. Kemudian baca lagi dan makan seterusnya hingga tiga kali.
  2. Selepas habis gumpalan ketiga boleh makan seperti biasa. Selepas sahur boleh makan buah kurma 7 biji. Sebelum makan, bacakan selawat satu kali berserta sebiji kurma (diulangi dengan 7 kali dengan bersamaan 7 biji kurma).
  3. Pastikan selepas berbuka hingga bersahur, minum air kosong masak dengan banyak. Letak botol air disebelah katil untuk memudahkan kita minum bila terjaga.

Untuk mengelakkan berlakunya hidrasi melampau ketika berpuasa.

  1. Pastikan minum air kosong sebanyak mungkin selepas berbuka puasa. Elakkan daripada minuman berais dan manis.
  2. Elakkan daripada ambik makanan berempah kerana kandungan garam yang tinggi. Ini kerana kandungan garam yang tinggi dalam badan akan menarik air dalam sel-sel badan kita. Manakala makanan yang berlemak yang diambil semasa bersahur akan menyebabkan rasa lapar melampau pada siang harinya. Amalkan kurma sebagai penutup sahur kita untuk mengelakkan pedih perut.
  3. Sebaiknya kurangkan aktiviti yang melibatkan outdoor.
Sebaiknya pengambilan supplement dimasukkan bagi menampung kekurangan nutrisi dalam pengambilan makanan yang mana bermanfaat kepada ibu dan anak.

SAHUR

  1. Makan makanan berkhasiat
  2. Makan buah kurma
  3. Minum air secukupnya
  4. Ambil ESP + Mealshakes + Performance Drink, Bcompleks 1biji dan Alfalfa 2 biji.

Ketika berbuka Puasa

  1. Makan makanan seimbang
  2. Minum air rebusan lobak putih ataupun apa-apa minuman yang boleh menambahkan susu. Pastikan jangan ambik ais yeaaa…
  3. Ambil vitalea 1 biji dan 2 biji Alfalfa

Sebelum tidur

  1. Ambil ESP + Mealshakes + Performance Drink
  2. Amalkan surah Hujurat (untuk banyakkan susu) dan surah Al- Waqiah ( untuk tambah rezeki)

Antara petua dan tips lain bagi ibu menyusu di bulan puasa:
  • Banyakkan memakan kurma dan makanan penambah susu seperti sayuran hijau, oat, dan sebagainya.
  • Jangan skip sahur (lagipun sahur tu sunat).
  • Banyakkan sesi penyusuan dan mengepam, terutama di waktu malam dan waktu sahur.
  • Banyakkan bertenang, ingat tujuan nak beribadah dengan sebaiknya.
  • Mengambil supplement seperti vitamin B complex.
  • Cuba makan dan minum sedikit-sedikit dan kerap pada waktu malam (takut bloated pula bila sekaligus).
  • Bawa sebotol air semasa jemaah terawikh dan minum sedikit antara rakaat2.
  • Banyakkan berdoa dan berfikiran positif.
Semoga ia bermanfaat dalam membantu anda kekal sihat, aktif dan efektif dalam beribadah di bulan puasa ini.
Namun harus diingat, seorang ibu yang menyusu atau mengandung mesti sedar akan keistimewaan yang diberikan oleh Allah Yang Maha Esa dalam menjalani ibadah puasa, yakni rukhsah atau keringanan sekiranya menghadapi kesulitan. Jangan terlalu taksub meneruskan puasa hingga menjejaskan kesihatan terutama anak yang disusui dan dikandung, kerana ‘hadiah’ dari-Nya sudah disediakan, dan anak itu lebih diutamakan haknya.



kredit to:

http://amalanibuhamil.blogspot.com/
http://www.mysuperkids.net/
http://fiqhmedic.wordpress.com/
Mama Qaireen Shoppe.

Thursday, 19 June 2014

Kenapa kita perlu ambil supplement atau vitamin?

Dolu-dolu kita biasa dengar bila dh meningkat usia, macam2 penyakit datang menyinggah. Seolah-olah, kita set dalam diri kita, asal tua jer mesti sakit,,asal sakit jer mesti tua.. Tapi, apekehenyer pulok bagi yang muda belia remaja pon tetiba kena kencing manis, gout dan sakit jantung? (Nape, x caya? Aiseh, x baca paper la ni) Biasanya org kita hanya akan alert bila dah terkena atas batang hidung sendiri, kan… (tapi waktu tu mintak maaplah, nasi dah jadi bubur daa...)
Hmm.. Tapi kenapa yerrkk?
Kajian sains (jd saintis jap erk) membuktikan bahawa pelbagai jenis penyakit di zaman moden ini adalah berpunca daripada tabiat pemakanan yang tidak seimbang dan gaya hidup yang kurang sihat. Ini sekaligus mengesahkan ketepatan sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:
“Perut itu rumah penyakit. Diet (pemakanan) itu ubat utama”. 
(Riwayat Sahih Bukhari & Muslim)

Jadi sebenarnya, kualiti kesihatan yang baik bermula daripada kualiti pemakanan yang baik. Kenapa? Haa… sebab badan kita ni terdiri daripada berjuta-juta sel yang memerlukan vitamin, mineral dan zat galian yang mencukupi bagi menjamin tahap kesihatan yang optima.
Manusia memerlukan sekurang-kurangnya 40 jenis zat untuk mengekalkan kesihatan yang sepatutnya didapati melalui makanan harian kita (Wah, banyakkan?!!) Tapi dgn gaya hidup yang cukup mencabar di alaf ini, susah untuk kita betul2 dapat kesemua nutrien tu secara sihat dan selamat, kerana beberapa sebab seperti yang berikut:

  1. Pencemaran alam sekitar, radikal bebas dan bahan-bahan penyebab kanser.





Okeh, soalan cepu emas, saper kat sini air mentah kat rumah dia memang jernih gila n dia sanggup minum direct terus dari paip? (xyah angkat tgn, cheq x nmpk pun, jwb dlm hati jer okeh!) Rasanyer memang xder sorang pon berani minum direct dari paip air mentah kan…(kcuali orang tu dari planet lain! Atau umah dia nun kt pergunungan Alps sana) Naper? sebab kita tau air di planet bumi Malaysia skarang dah byk tercemar! And kalo kita peratikan sejenak, most of us skrg dah pasang filter kt rumah kan.. (xkisah la jenis per pun, yg penting filter air). Kalo yg blom pasang tu, ish..ish..tolonglah citer kt diorg, kesian…diorg xtau tu air kita tercemar (x main2 ni, cheq mmg warga prihatin k!) Pencemaran air ni menyebabkan kita x dapat menikmati sumber air yang benar-benar bersih padahal kita tahu air amat penting dalam kehidupan. Badan manusia sahaja terdiri daripada 70% air. So camne nk badan kita sihat if air yang kita minum setiap hari tercemar dengan bahan-bahan pencemaran?.Tu kira ok lg, yg malas nak minum atau kedekut nak minum air lagi dahsyat…dah catu air la pulak citernyer!
Selain air, udara kita juga terdedah kepada pencemaran. Asap kenderaan, asap rokok, asap kilang dan perindustrian, asap pembakaran terbuka, semua tu penyumbang kepada pencemaran udara. Lom lg cerita bab radikal bebas...penyakit berjangkit melalui udara (airborne disease cam SARS, H1N1, TB, dan segala mak nenek tuh). Silap2 haribulan satu hari nnti udara bersih pon kita kena bayar! Naper? Yer la, nak beli filter bagai… filter/mask chemical lain, filter/mask kuman lain plak.. Apa jadi kalo korang bernafas guna udara yang tercemar? haa.. (tu korg jawab sendirik!) klu antibody x kuat, mmg mudahla korang terjejas (jgn korang yg jd penyebar kpd org lain sudah!)
So pendek citer, pengambilan suplemen seperti Vitamin  A, Vitamin C dan Vitamin E amat penting untuk melindungi tubuh kita daripada radikal bebas dan bahan-bahan penyebab kanser yg ada dipersekitaran. 


2. Badan kita memerlukan sesetengah nutrien dengan dos yang lebih. 

Bila badan kita sakit, kita memerlukan lebih nutrient yang boleh membekalkan antioksidan dan meningkatkan sistem imun seperti Vitamin A, C dan E. Bila kita cedera pula, pengambilan nutrien yang mengandungi protein dan zat besi amat penting bagi membantu proses baik pulih sel yang rosak dan proses penghasilan sel-sel baru.
Untuk ibu-ibu hamil dan menyusukan anak pula, mereka sangat memerlukan jumlah nutrien penting yang lebih tinggi dosnya seperti kalsium, asid folik, b complex, vit C dsb untuk menampung keperluan tumbesaran otak dan fizikal bayi dalam kandungan, selain untuk kesihatan ibu sendiri semasa hamil dan selepas melahirkan agar susu yang berkualiti dpt dibekalkan scukupnya untuk bayi mereka. Susu ibu adalah susu terbaik di dunia dan x boleh dtandingi oleh mana2 susu formula waima teknologi yang digunakan paling canggih or harga yg paling mahal kebabom sekalipun!
Nak tau pasal vitamin essential yang penting untuk kesihatan tubuh yang optimum, klik sini.

3. Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin tercemar atau terjejas kualitinya.

Selain air dan udara, sumber nutrisi kita, iaitu makanan mentah seperti sayuran dan buah juga terdedah dgn pelbagai bahan kimia berbahaya seperti pengawet untuk tahan lama dan racun serangga yg boleh menyebabkan kanser. Time bila sayur semua pilih yg xder cacat cela, betul x? tp yg nmpk flawless tu la sayur yg plg byk pengawet dan racun serangga, tau x… tu blom citer bab baja kimia dia… Cari yang organic? Tak semua kedai jual sayur dan buah organic, dan tak semua antara kita pula yg mampu beli kerana harganya yang berkali ganda mahal dari sayur biasa. Tanam sendiri? Yang dok umah tinggi botingkek2 tu, ader ker tanah? Ader rajin? (Jawab sndiri!)

4. Amalan gaya hidup yang kurang sihat.

Gaya hidup yang kurang sihat seperti merokok, kurang bersenam, makan lewat malam, makan main taram, dan sebagainya mengundang pelbagai masalah kesihatan. Especially u olls eksekutif yg hyperbusy nk kejar dateline or MLM (Marketing Lewat Malam…hehe) Makan tak menentu, balik kerja lewat malam, kurang rehat, kurang tido, pastu esoknya letih lesu dan x bermaya. Pastu tertekan kat ofis, kt umah lagi.. X ker stress hidup cnggitu? N bila u olls stress, bukan org jer lari, tp sebenarnya secara x langsung nutrien penting iaitu Vitamin C dan Vitamin B pun lari! (termusnah tau! Sebab tu kalu perati tgk btol2, depa2 yg hyperbusy ni bawah mata mesti lebam, kulit kering, kerap selsema/demam, banyak jerawat, jiwa x tenang, otak x berapa center, kuat meroyan.. haa…nak jadi cenggitu? Tak cukup vitamin la tu..! (dan x cukup amal kerohanian..nauzubillah kerja bagai nak rak, prepare x utk akhirat?)
So depa2 yang hyperbusy or stress ni, ambillah suplemen Vitamin C dan Vitamin B.. sebab kedua-dua vitamin ini berupaya mengawal stress yang dialami oleh seseorang.  Yang kaki makan dan hantu makan lewat malam, renti-rentikanlah tabiat buruk tu, sbb korang sedang menternak lemak yang berlebihan dan mengalu-alukan peningkatan kolesterol. Bila kolesterol dah meningkat, datanglah penyakit-penyakit seperti tekanan darah tinggi, strok dan serangan jantung. Eh, kolesterol ni seawal usia remaja pon dah developed tau.. kalau x jaga.. huuu.. tup2 tgh bersenam pon boleh kena heart attack…tu la, x baca paper lagi korang nih!
Tapi sekarang, untungnya dah ader vitamin kebabom best yang boleh blok terus kolesterol jahat yang tak diperlukan tu, iaitu super duper Phytocol –ST! nak tahu pasal produk ini dan bagaimana ia berkesan, klik sini.

5. Amalan pemakanan yang tidak seimbang dan memudaratkan (makan mengikut selera rasa)



Orang Malaysia, tabiat makan..huuuu memang mengejutkan. Kat negara lain ader yang mati sbb x cukup makan, tapi kat Malaysia, org kita mati sebab terlebih makan!  Tengok nasi lemak jer dah la, pagi ada, petang ada, malam pon ader! Belom lg roti canai, nasi beriani, nasi hujan panas aku basah... Tak citer fast food lagi..yg jadi kegemaran deme2 yg hyperbusy tu... Tak sempat walk in, order online jer… 30 minit smpi! Sgala mak nenek yang berlemak, manis dan fastfood ni boleh merosakkan sistem tubuh secara senyap! Tup tup tetiba jer dapat kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang..naya jer.. Budak2 tak sekolah lg pon dh kena kencing manis.. yer la, anak fast food sbb mak ayah hyperbusy x sempat nk masak..kesian kan…
If x mampu nk control tabiat/nafsu makan tu sendiri, dptkan supplement yg dpt membantu mengawal tabiat buruk tersebut secara semulajadi dan selamat. Contohnya dlm Shaklee ada ESP dan Performance. Dah banyak yg dpt manfaat, bukan sekadar membekalkan rasa kenyang dan tenaga berpanjangan, multivitamin dan nutrient yg terkandung di dalamnya juga dpt memperbaiki sel2 tubuh. Jd x heran kalo ramai yg amik ESP ni utk persiapan bulan ramadhan nanti.

6. Gangguan penyerapan nutrisi daripada makanan. 

Suka makan makanan atau minuman berkafein? Tahukah anda kafein boleh menghalang penyerapan sesetengah nutrisi ke dalam tubuh?. Contohnya Vitamin D, magnesium dan kalsium tidak akan dapat diserap dengan baik sekiranya di ambil bersama minuman berkafein seperti kopi dan teh. Oleh itu sekiranya anda ingin mengambil suplemen, pastikan anda bukan dari golongan penggemar kopi dan teh.

7. Kehilangan nutrien dalam makanan.


Ramai anatara kita yg sibuk lebih suka memilih yang segera.. baik dari makanan segera di restoran segera, kedai mamak, warung-warung dan yang rajin ckit pon masak la jugak tapi still guna bahan-bahan segera seperti makanan dalam tin, makanan sejuk beku, mee segera, rempah segera, dan macam2 lg makan segera, even sambal belacan pon dah ader yang segera!

Bagi yg rajin masak or mmg surirumah, memang best giler bila dapat masak dan hidangkan makanan untuk keluarga kita. Tetapi klu x kena gaya pengendalian, silap2 nutrisi yang ada dalam makanan tersebut boleh susut atau hilang sama sekali kecuali hampas sahaja (bahasa kasar lagi.. yg lembut ckit, fiber)
Kenapa...?
Bahan-bahan makanan dari ladang akan kehilangan nutrisi melalui proses pengasingan, pembungkusan dan penghantaran. Penyimpanan makanan di dalam peti sejuk pula mengakibatkan makanan kehilangan nutrisi lagi akibat suhu yang terlalu sejuk. Kemudian, cara memasak yang terlalu lama dan menggoreng menggunakan minyak berlebihan menyebabkan makanan hilang nutrisi lagi. Jadi apa nutrien yang kita boleh dapati daripada makanan tersebut? Tiada nutrisi pun yang tinggal. Semua nutrisi hilang begitu sahaja semasa proses penyediaan. Oleh itu, untuk mengekalkan nutrisi dalam makanan, janganlah dimasak terlalu lama. Cara memasak juga hendaklah di rebus atau di panggang sahaja.
Inilah 7 faktor mengapa kita perlu ambil supplemen dalam diet pemakanan kita. Suplemen yang diambil pula haruslah suplemen semulajadi, halal dan bebas bahan kimia. Bagaimana ingin mendapatkan suplemen semulajadi?. SHAKLEE adalah jawapannya. Shaklee merupakan jenama suplemen semulajadi yang telama lama kukuh dipasaran, berkesan, bebas bahan kimia dan selamat digunakan untuk sesiapa jua yang mementingkan kesihatan.


Sedar tak, tubuh badan kita sebenarnya adalah amanah dari Allah yang perlu kita jaga selaras dengan tanggungjawab kita sebagai khalifah untuk berjuang ke jalannya? Apabila ia menjadi suatu amanah, kita perlu bertanggungjawab untuk menjaga kesihatan diri dan wajib peka dengan apa yang kita makan agar yang masuk itu adalah bermanfaat dan tidak memudaratkan. Jadi, jom jaga jaga diri, hiasi peribadi1

Cantik dan sihat sepanjang hayat...:)
jom like fan page sis, Vitamin Halal_Sihat dan Cantik

nak tanyer pape, contact jer
019-2100601. (sms/whatsapp/call)
Shima.
Independant Shaklee Distributor.
SID 1133326.

Monday, 19 May 2014

Sayangi Diri Anda, Pilihlah untuk Kurus secara Semulajadi, Selamat dan Sihat

Ramai yang terdesak untuk kurus cenderung memilih untuk berdiet secara tidak selamat, asalkan kesannya cepat dilihat. Pil-pil dan produk kurus tumbuh bagai cendawan melata selepas hujan.Walaupun kementerian paling sihat di malaysia sibuk berkempen mengenai ubat-ubat tidak berdaftar dan mengandungi bahan terlarang termasuk steroid dan bahan bersifat kanser, masih banyak peniaga berlumba-lumba mempromosikan produk masing2 di dunia maya kerana faktor tingginya permintaan produk tersebut dipasaran Malaysia.
Namun, tidak kurang juga yang semakin 'celik' mengenai bahaya produk-produk ini telah membuat pilihan yang bijak dengan memilih untuk berdiet secara sihat dan selamat. 
Mereka memilih untuk menggunakan rangkaian produk Shaklee dalam mendapatkan bentuk badan ideal dengan yakin, tanpa was-was.

Kenapa shaklee? Selamat ker? Chemical free? Halal tak?

*Selamat? Of Course! Lebih 80,000 ujian kualiti dijalankan setahun bagi memastikan ianya selamat, berkesan dan tulen tanpa Paraben, Bisfenol-A (BPA Free), Peluntur, Perisa & Pewarna Tiruan, Lemak Trans dan bahan2 larangan lain.

*Halal??? Produk Shaklee untuk pasaran Malaysia telah disahkan HALAL oleh Islamic Services of America, badan yang diktiraf oleh Jakim. sijil halal boleh review sini yer

Bagaimana nak turunkan berat badan dengan Set Kurus Shaklee? Begini..

i. Niat untuk kurus

Niat mesti ader supaya korang tau aper matlamat korang.. innamal a'ma lubinniat.. Lebih elok niatkan nak kurus ni untuk lebih sihat dan bukan cantik semata2..moga2 niat murni korang ni akan diberkati Allah dan dipermudahkan segala urusan...

ii. Get the set.(...and GO...!!!) 

Specialnya set kurus shaklee ni, ia bertindak melalui 3 cara unik yg dipanggil 3B, iaitu Bakar (burn fat), Buang (detoks), dan Bina (Build Muscle).

1) BAKAR LEMAK : Lecithin @ Omega Guard (any 1)


2) BUANG LEMAK (DETOX) : Herb-lax @ Alfalfa (any 1)



3) BINA OTOT: Energizing Soy Proteinn(ESP) @ Cinch (any 1, exceptional)




KONSEP BAKAR & BUANG
Lecithin@ Omega Guard  memecahkan lemak yang berlebihan di dalam badan. 
Herblax @ Alfalfa pula berfungsi sebagai medium pengangkutan untuk membawa keluar toksin dan lemak berlebihan daripada badan. Detoks ni penting sebab kalau toksin terlampau banyak dalam badan, badan sukar menyerap nutrient dari makanan seharian dan supplemen. and no worries, proses detoks ni adalah secara semulajadi dan selamat...(means no cirit birit, xperlu berulang bertapa kt tandas...opss..hihi)
Jadi, konsep Bakar dan Buang Shaklee ini secara umum memang berkesan untuk menurunkan berat badan.


___________________________________________________________
** Diet yang berjaya bukan bermakna “SAYA TURUN BERAT 20KG DALAM SEBULAN !”..
** Itu sebenarnya diet paling tak berjaya, because the weight lost will rebound!
__________________________________________________________

Pakar Fitness Selebriti, Kevin Zahri kerap menekankan dalam ceramahnya bahawa diet yg selamat tidak turun mendadak sedemikian (tu nk membunuh diri namanyer). Produk yg boleh turun mendadak ni kebanyakkannya mengandungi bahan terlarang sebagai ejen pembakar yang boleh membunuh dalam diam. saya x senaraikan disini,tapi anda boleh review entri yg berkaitan bahan terlarang dalam produk yg dah disenaraikan oleh KKM .

ok kita sambung balik tentang konsep tindakan set kurus Shaklee ni..


BINA 

Pernah tengok org yg tgh diet kurus, badan dia susut tapi nampak semacam pelik jer menggeleber (flabby) sana sini...Kenapa yer..
Haa..Sebenarnya, berat yang turun tu bukan kerana kurang lemak tapi dia kehilangan otot, sbb dgn otot2 sekali disusutkan (x cantik satu hal, tp sbnrnya bahaya tu, krana produk tersebut mungkin mengandungi bahan terlarang) 
Apabila kehilangan otot, badan akan kehilangan keupayaan utk membakar lemak, dan akan merendahkan metabolisme seseorang..Jadi bila dia berhenti diet tersebut, badannya dh x boleh bakar kalori seperti sblm ni, dan seterusnya berat badan akan naik semula..
Kemudian, panik pun datang, amik diet lain pulak.. sama jugak.. pastu jadi lagi..last2 jadilah diet yo-yo... Frust kan?

Jadi, sebenarnya, macam mana nak kekalkan otot semasa berdiet? jawapannya adalah, dengan membina otot! Otot penting untuk tingkatkan metabolisme badan bagi pembakaran lemak dan untuk mempercepatkan pembakaran lemak ni, memang tiada jalan pintas kecuali bersenam. Diet tanpa senam? Ia diet yang tidak sihat. Bersenam dapat membantu pembinaan otot yang lebih mantap, dan  pengambilan makanan tinggi protein secara konsisten dapat membina sel-sel otot yang kejap dengan lebih cepat.

Cinch Shake Mix @ ESP

Kedua-dua produk Cinch dan ESP ini kaya protein. 
Bezanya Cinch Shake Mix, ia lebih istimewa untuk mereka yang sedang berdiet kerana ianya diperkaya dengan leucine bagi mengekalkan otot semasa prosesmenurunkan berat badan, so tahap metabolisme korang dipertingkatkan dan kalori lebih mudah dibakar. Cinch Shake Mix yg enak lagi lazat ni juga kaya dengan protein bagi membantu rasa kenyang yang lebih lama (xderla rasa asyik nak melahap santak ikut sedap perut jer..)

ESP pula adalah sumber protein non GMO yg paling natural, selamat, halal dan terbaik (pendek kata the best kebabom) Manfaat ESP ni terlalu banyak untuk diceritakan,bimbang nnti kelaut pulak jadinyer... jadi boleh klik sini untuk mengetahui manfaat ESP secara lebih lanjut.


iii. Minum Air 2-3 liter sehari

Kenape penting untuk kita minum air? Lebih-lebih lagi ketika sedang berdiet kuruskan badan,air sangat kritikal kerana ia adalah agen pengangkut bendalir dalam badan kita. jika kurang cecair, bagaimana zat nutrisi nak diangkut ke seluruh tubuh dengan efektif? Air yang mencukupi akan membantu badan detoks dengan lebih cepat dan berkesan. 

Namun sekiranya anda memang sukar untuk minum air dalam jumlah yang banyak (klu setakat minum 3-4 gelas sehari tu kategori liat la yer) or takut minum air (ada ker camni??) biasanya disarankan untuk mengambil minuman isotonik satu-satunya di dunia tanpa gas, iaitu Performance Drink. Ia sangat membantu mereka yang liat minum air dengan mengurangkan kehilangan bendalir dan meningkatkan hidrasi badan. Juga sesuai diminum masa bersahur utk elak rasa haus sewaktu berpuasa. Nak tahu cara nak minum? Boleh hubungi saya secara personal kerana saya lebih suka personal touch kerana setiap orang berbeza sistem tubuhnya.

4. Exercise.

Seperti yang telah dinyatakan tadi, Kunci utk mempercepatkan pembakaran kalori dan lemak adalah melalui senaman. Tidak perlu peralatan mahal untuk brsenam, tarian zumba, menari, lompat bintang, berlari anak menaiki tangga, berlari anak sekurang-kurang 1000 langkah sehari, semuanya boleh dilakukan secara percuma. Jika terlalu sibuk, sekali dua seminggu pun sudah memadai.


TESTIMONI

Ramai yang telah mendapat manfaat daripada set kurus shaklee ini. Berikut adalah antara testimoni mereka yg dh berjaya kurus dgn set shaklee...






Kebanyakan mereka menggunakan dahulu produk shaklee dan setelah  mendapat kesan memberangsangkan terus medaftar jadi ahli dan berkongsi pula dengan orang lain yang memerlukan. anyway testimoni ni kredit to all of them yg ikhlas nk share ngan teman2 diluar sana..

ok then.. untuk sebarang persoalan dan maklumat lebih details, boleh sms or whatsapp saya, Shima di 019-2100601. Memang saya suka personal touch dengan mereka yg ingin menggunakan mana2 produk sbb lain padang lain belalang, setiap org x sama masalah diorg.. Tak semua dapat saya kongsikan di sini. Istimewanya, sebarang petua, tips do and dont's dan konsultansi serta panduan cara makan yang spesifik hanya akan saya berikan kepada anda yang membeli dengan saya.


Live Healthily, Live Happily.

Shima.
019-2100601.
SID 1133326.
Independent Shaklee Distributor.
Semenanjung Malaysia, Sabah Sarawak.